Lets Follow me

Selasa, 16 Julai 2013

Bagaimanakah Cara Membezakan Vitamin Semulajadi dengan Vitamin Sintetik?

 1. Label
Lihat pada label yang ada di botol vitamin yang ingin anda beli. Vitamin semulajadi mengandungi bahan-bahan semulajadi, contohnya seperti dalam gambar di bawah:

 
Vitamin tambahan di atas mempunyai bahan-bahan semulajadi yakni ekstrak dari Muscadine Grape, European Elderberry serta akar Purple Carrot dan Polygonum cuspidatum (Japanese rootweed). 

2. Berhati-hati dengan ‘medical claim’

Pastikan produk yang anda ingin beli tidak mengandungi kenyataan yang ‘too good to be true’ pada label/botolnya. Misalnya “Mampu menyembuhkan sakit kanser dalam masa 14 hari”. Ini kerana, untuk produk keluaran USA, FDA (Food & Drug Administration) tidak membenarkan pengeluar membuat kenyataan bahawa produknya mampu mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
Perhatikan pernyataan di bawah pada ayat yang saya highlight-kan.

 
Kenyataan sedemikian bermaksud produk tersebut mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh FDA.

3. Reputasi pengeluar

Pastikan produk yang anda pilih adalah dikeluarkan oleh syarikat yang sudah lama berada dalam pasaran.
Misalnya produk syarikat Shaklee sudah 50 tahun di pasaran, berbanding produk ‘semulajadi’ keluaran syarikat XXXX yang baru 3 tahun dipasarkan. Yang mana satu anda rasa lebih patut dipercayai?

4. Mengikut dos keperluan harian

Jangan terpedaya dan teruja dengan label vitamin yang seperti ini:
“Mempunyai 5 kali lebih Vitamin A” “20 kali Vitamin E”
Dos yang berlebihan bagi vitamin-vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan.

 

Pastikan vitamin yang anda ambil lebih rendah atau sama nilai dengan DV (daily value) yang disarankan.

5. Tanpa pengawet, perasa, pemanis dan pewarna tiruan

Vitamin yang asli dan semulajadi tidak memerlukan bahan-bahan tiruan sama ada untuk ‘coating’ atau memberi rasa yang ‘sedap’ atau warna yang menarik. Penggunaan bahan tiruan adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran, namun pada masa yang sama ia memberi kesan yang tidak elok kepada pengguna.
Pastikan pil/tablet/kaplet vitamin/mineral yang anda ambil adalah menggunakan bahan-bahan asli. Walaupun baunya busuk, itu adalah petanda vitamin yang bagus.

6. Tanpa kehadiran gel silika

Apakah gel silika (silica gel)? Apabila kita membeli kasut atau beg tangan berjenama, sejenis bahan berbentuk bebola kecil yang dimasukkan dalam bekas kertas 4 segi disertakan bersama-sama.
 
Gel silika ialah sejenis bahan yang digunakan untuk menyerap lembapan. Fungsinya dalam kotak kasut ialah untuk mengelakkan ia ditumbuhi kulat sekiranya persekitaran di dalam kotak itu menjadi lembab.
Gel silika ini juga boleh didapati dalam sesetengah botol vitamin dan mineral. Apakah fungsinya?
Vitamin yang dibuat dari bahan sintetik mempunyai kecenderungan untuk bertindakbalas dengan kelembapan. Oleh itu ia boleh bertukar menjadi warna hitam sekiranya dibiarkan berada dalam udara (udara mengandungi wap air).
Vitamin semulajadi tidak memerlukan gel silika kerana ia tidak bertindakbalas dengan wap air di udara untuk menjadi satu bahan yang lain.


kredit kepada vitamin semulajadi

SEBARANG NASIHAT/PESANAN ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA DI :
NUR HIDAYAH ROMELI (929657)
SMS/CALL : 0132098863
EMAIL : cikgunurshaklee@gmail.com
FACEBOOK :  Impian Ibu