tetiba terdetik hari ni Nur nak bercerita pengalaman bagaimana Nur boleh terjebak dengan dunia SHAKLEE nih..
actually, Nur memang dah bekerjaya tetap, makan gaji katakan..asal-usul nya pada hujung tahun lepas, kan setiap hujung tahun kerajaaan akan byr insentif(bonus) pada semua penjawat awam, boleh la masa tu Nur dapat dalam 1k lebih gitu (50% dari gaji basic)..hmmm...
dari situ lah terdetik "why not aku laburkan duit ni untuk bisness,kecik2 jer, fokus online..daripada beli yg bukan-bukan, habis mcm tu je" masa tu kat rumah Ani (adik) ada datang lepak-lepak..
Nur ajak dia pergi KWC(Kenanga Wholesale City) pusat gedung fesyen2 wanita semua beli dengan harga borong. Masa tu memang sangat-sangat terpengaruh dengan fesyen2 orang pompuan ni, memang gila rasa masa tu..income pun memang best..
tapi..bisnes macam tu letih la, antara faktor-faktor yang buatkan Nur beralih arah adalah :
- Fesyen ni sentiasa berubah-ubah,paling lama kekal pun 2-3 bulan..pastu keluar stail baru
- LETIH, letih nak pergi survey, letih nak g ambik stok, sebab nak pergi sendiri ke KWC tak berapa cekap, harapkan husben cuti je
- LETIH, nak edit gambar bagai..yelah perkara berkaitan fesyen ni kan mesti nak lawa2 untuk pengaruhi mata pembeli
- BERAT, berat nak bawak kain2 tu hehe..yelah kalau dah 30-40 helai .bape kilo beb..
ehhh apa kaitan gambar ni dengan entry??? perubahan fesyen kot.. hahaha layan jer
Ok, mesti korang nak tau macam mana Nur boleh terjebak dengan Shaklee kan???
Asal-usulnya dari seorang kawan, Kak Aya namanya, rakan sekerja tempat Nur mengajar tu jugak, masa tu waktu perhimpunan rasmi hari isnin,
Kak Aya cakap, "uit, nak tengok gambar tak?? akak tunjuk kat ko sorang je sebab ko kepala bisness, kat orang lain akak tak tunjuk"
"gambar ape??" Nur tanya ...
Kak Aya pun tunjuk gambar dr henfon dia...tau tak gambar apa????
gambar cek dari maybank !!!! wow!!! ribu riban jugak..
so...Nur interview la Kak Aya...Kak Aya bagi tau tu SHAKLEE yang bayar..panjang la cerita kami petang tu..perhimpunan rasmi pun tak tau menda diorg ckp heheh..duk tumpu borak jerr...
sumber dari incik google..contoh je ni
pastu Nur pun joint la bulan tu jugak..permulaan tu kira habes dlm rm700 lebih jugak setelah di kaji selidik, rupanya badan I ni sangat-sangat memerlukan suplemen..sebab banyak sangat penyakitnya..x sesuai dgn tahap umur
Nur beli untuk husben, untuk mak dan untuk diri sendiri..perangai Nur ni kan..tak boleh tau kalau beli pape yang bagus ni untuk pakai diri sendiri je, apa yang Nur pakai mesti mak ayah dan husben kene pakai dulu..sama lah macam SHAKLEE ni..
dan..bila dikaji balik..banyak kelebihannya bisness SHAKLEE ni..antaranya
- Stokisnya dekat, boleh g sendiri sesuka hati..bila-bila masa..nak lepak situ pun boleh dan tak serabut mcm KWC
- Produknya ringan, tak berat macam kain2 tu dulu
- Produk kesihatan ni terjamin laku sepanjang hayat..costumer akan repeat order kalau dia rasa best
- Duit masyuk setiap bulan (macam makan gaji jugak) skrg dah jadi 2 income tau
- Maju ke depan dengan ambik motivasi dari org yg dah berjaya..kenal ramai orang,xde la jadi "katak bawah tempurung"
- Ni paling best...DAPAT MEMBANTU ORG LAIN YANG MEMERLUKAN ..nanti Nur akan cerita tentang KENAPA KESIHATAN NI PENTING UNTUK INSAN YG BERGELAR MANUSIA.
Oklah setakat sini dulu yer, coretan ikhlas dariku..my baby boy dah bangun nak susu katanye..hihi
Assalamualaikum..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan